Robiha

ROBIHA QUISHA:
Bila Mahathir katakan PAS parti kafir. Tahu pulak dia marah kan? Selama ini PAS tak cukup kafirkan orang ke?

Malah UMNO sendiri, ketika zaman bermusuh dulu, PAS labelkan sebagai kafir. Sampai berlaku solat 2 imam dan nikah dua kali.

Siapa pemimpin PAS yang kafirkan UMNO dulu?

Ingat lagi ke?

Tiba bila dia kena, eh pandai pula dia nasihatkan. Ada pula hadits Nabi saw dirujuk. Sebelum ini, kata orang lain kafir, tak jumpa ke hadits tu?

Sebenarnya terkejut juga Mahathir tergamak kata PAS kafir. Sebelum ini bukan main lagi baiknya dengan PAS.

Masa jadi PM atas simpati PH dulu, pernah dia beri RM400 juta kepada Kelantan yang ditadbir PAS tanpa sebarang sebab.

Rupanya masa tu nak pikat hati pemimpin PAS. Dia tahu PAS ni boleh senang-senang dibeli dengan duit tu yang dia bagi banyak tu.

Sebab nak buat langkah Sheraton. Bila dia calonkan diri dia semula untuk jadi PM, PAS akan sokong dia. Itu yang dia rancang la.

Sekali PAS buat U-Turn. Main gila dengan PPBM. Boyfriend baru dia UMNO pun kena tinggal. Hancur impian orang tua tu.

Itu yang dia marah sangat tu sampai tergamak kata PAS parti kafir. Kecewa sangat dia.

Tapi kecik punya hal tu. Dulu Mahiaddin pun pernah gelar PAS parti ajaran sesat. Tapi bila Mahiaddin dapat kuasa, PAS lupa dengan tohmahan daripada Mahiaddin tu. Dia nampak kuasa je.

Kalau Mahathir dapat kuasa nanti, hilanglah marah PAS asal lantik pemimpin dia jadi menteri. Cuma masalahnya, mampu ke Mahathir nak dapat kuasa?

PAS memang suka yang kata dia kafir atau sesat. Macam Anwar tak pernah kata PAS macam tu tapi perangai luar tabiinya buat PAS malu, sebab tu PAS tak suka.

Kalau Anwar mahukan sokongan PAS, kena kata PAS sesat atau kafir juga. PAS tak kisah LGBT maka sebab tu boleh bersama Azmin Di bawah PN.

Tapi janganlah. Jijik la kerjasama dengan PAS.

Aku rasa potongan posting ini menarik kerana yang terlihat, kedua-dua mereka ini, PAS dan Mahathir, adalah lambang kemunafikan.

Mereka mengaku bela Melayu, bela Islam, hanya untuk mengabui mata pengundi je. Hakikatnya mereka cuma pentingkan diri.

Mahathir ke, PAS ke, dua-dua kita kasi humban, begitu juga Anwar Dan Mahiaddin kalau mahu Malaysia selamat.

Ini berikutan KP PAS yg nak bermanja² dengan DAP-PH.

Satu²nya parti yg tak pernah bersekongkol dengan Parti Kafir Harbi DAP adalah UMNO.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s